(Budaya) Kuda Kepang
Aku ditarikan zaman berzaman
Adat resam budaya tempatan
Mercu tanda johor selatan
Kuda Kepang tarian warisan
Kini aku disalah arti
Tarian dianggap berunsur entiti
Disebabkan insan yang tak mengenal seni
Menyalah guna untuk kepentingan diri
Kini aku hilang nilainya
Kerana dianggap sesat caranya
Hanya sebahagian yang masih mempersembahkannya
Untuk mengekalkan kewujudan budaya

No comments:
Post a Comment